JellyPages.com

Friday, June 06, 2008

~Kuasa Pujuk Rayu Seorang Perempuan... .~

adik dgn jelingannye!

N3 yg sebelum ni kite dah tahu serba sikit tips tentang suami or lelaki kan..
so kali ni kite tgk plak
KEKUATAN kaum perempuan plak k!

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. .Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya...


Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.

2. Anthony dan Cleopatra

3. Hitler dan Matahari

4. Samson dan Delila

5. Abu Lahab dan Hendon


Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain.

2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.

3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.

4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.




KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih

kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:


"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"

Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."



bicara jiwa:ptg ni mama akan ke morib yo! ade majlis kawen makcik mama aka sepupu mak mama..so may be mama akan bermalam di sana sampai ahad..sambil tu bawak anak2 jenjalan di sana...nanti mama upload pic kat sana ya senin nanti..so hepi weekend tuk kalian semua..ingat2lah mama yo! (cheh,sapolah yg nak ingat kat mama kan) dan pada uncle zino,selamat menerima menantu yg ke dua..semoga majlis berjalan lancar..maaf ya x dpt penuhi jemputan tu...kite jumpa lg di next n3!

PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

29 comments:

muadzlife said...

memg kan wanita byk kekuatan nya..:)

cendawanintim said...

bersyukurlah kita menjadi seorang WANITA...

Zareda said...

mama tak pi rumah uncle zino? ala tak dapat jumpa mama

Wanita, kekuatan wanita adalah pada kelemahannya.. heheheh

suealeen said...

share satu cerita di hari jumaat:
lagi satu hindun binti utbah isteri abu sufyan... hati jadi keras bila bapa, abang dan bapa saudaranya dibunuh oleh saidina hamzah r.a. merancang bunuh saidina hamzah, bila terbunuh dalam perang uhud, dia cari saidina hamzah ni tadi lantas dadanya dibelah. diambil jantungnya lantas diratah! raw tu.. betapa kerasnya hati wanita!

tapi Allah berikan hidayah padanya. lantas masuk Islam dan hukuman bunuh padanya pun digugurkan!

Allahuakbar...

selamat berkenduri ye mama....

zino said...

perempuan memang pakar memujuk.. tapi perempuan juga suka di pujuk.. betul tak? hehe

IdaShah said...

byk kelebihan jd pompuan nih. bersyukur aku di lahir kan sebagai pompuan

Jentayutiara said...

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).*

(email kisah paderi... hehehe)

ita.itu said...

kekuatan wanita pada mainannye..kah.kah.kah.......wah sakan mama ke morib ye

that`s girl :)) said...

:D yg part penyayang tu best!

mama ranggie said...

muadz,
ya betul tu..agree...

c.i,
amin...hehehe...

kak zar,
a'hah..x dpt...hehehe...

sue,
thanks for da sharing...

uncle,
tepat sekali..

mama ranggie said...

ida,
ye,kite patut bersyukur kan?

ku ina,
ade kelebihan dan kekurangan kan...

kak ita,
perghhh.......

dinda,
lomantik kan pompuan ni...

DarLingsz said...

mama...emailll add pleaseeeesss

silversarina said...

akak bangga jadi wanita, alhamdulillah atas apa yang dikurniakan.

Mak Su said...

selamat bersukaria mama, kat morib ek... gi lanjut ker port klang ker nanti cari ikan bakar?

heh heh heh

I GOT PAAAWEEEEERRR (cakap macam katun he-man)

nadia yuna said...

i'm grateful!

=)

eedany said...

amboi bukan president ita itew ya... mainan apa ya?

selamat berhujung minggu mama...jaga diri selalu. Tata...

:)

faisal said...

bersyukurlah jadi seorang wanita camtu kan mama..:) smoga percutian mama berjalan ngan lancar..alaa, tak sempat nak bagi contact kat mama, ni mail sy faisalhjrahim@yahoo.co.uk .. sbnrnya sy takde kat sini dari pagi sabtu hingga malam ahad..gi kenduri kahwin kat taiping..:) mybe next time bleh jumpa mama..

Ezad said...

tp kekuatan seorang lelaki didorong oleh beberapa org wanita..

eheemmm!!

CikguZue said...

kadang kekuatan wanita itulah yang melemahkan lelaki...
dan betapa ramai wanita kecundang mencium bau syurga....na'uzubillah.

Aleeya said...

wanita ni nampak je lemah tapik leh goncangkan dunia taww he he

psttt mama kirim slm kat mira, lama tak nampak dia...

Jie said...

Sentiasa bangga kerana menjadi wanita ....

mama ranggie said...

haja..
mama dah bg kan?:)

kak sarina,
betul tu kak!

maksu,
kite makan nasik kenduri aje!

nadia yuna,
;)thanks sudi singgah!

eedany,
selamat weekend!

mama ranggie said...

acai,
ermmm...next time ok!

ezad,
dah tentu wanita kan!?

cikguzue,
mama setuju sgt!

yaya,
meera dah berenti keje...so kat umah x de com,anto repair,virus!

kak jie,
sgt bangga!

mummysyafie said...

tangan yang menghayun buaian itu boleh mengoncangkan dunia...

imz said...

WAH...MMG HEBAT WANITA..AKU BANGGA JD WANITA...!!!

fealize_eleanoer said...

kalo den pujuk laki den...

kompommm die cair punyooo !

:D

mama ranggie said...

mummy,
tepat sekali..memang benar!

imz..
memang patut kite banggakan!

fealize,
alamaks....pujukan sorang pompuan kan!hehhehe...

aNgRiAni said...

nice n3 from the nice lady...sonoknyer mama and family gi bercuti...jeles laaaa...riani gaks yg kena berkeje sampai penat yg tak terhingga...uwaaaaaaaaaaaaaa

mama ranggie said...

riani,
x delah bercuti sgt pon!hehehe...