JellyPages.com

Thursday, September 25, 2008

~Maaf zahir dan batin~

Photobucket

Salam korang...sorilah mama lama x update..hehehe..
bz ya amat2...
semalam mama mc lagik...
gi monthly check up...
al hamdulilah,semuanya ok...
semalam jugak mama amik kesempatan settle mana2 keje yg kena buat...
bayar semua bil2 yg patut...
oppsss...mama dah soping sikit2 dah...
lepas lah bju anak2 semua..
mama beli sepasang je tuk mama n hubby...
masih banyak baju yg elok...
lgpun mama x leh nak beli banyak...
nanti dah beranak,bju x leh pakai..
ye lah,kalo beli sure ikut size skrg kan yg tgh mooolat ni..
kuih rayo pun tunjuk2 je sikit..
mama mungkin start cuti esok...
so di kesempatan ni,mama nak mintak maaf lah dgn korang semua..
manalah tahu dlm keadaan x sedar mama menyinggung hati korang..
manusia ni kan mana ade yg perfect...
kekadang benda tu ok bg kita tp org lain x leh terima kan?
mana yg terasa hati tu,mama mintak maaf tau..
0-0 k!
dan mama nak ucapkan selamat hari raya pada korang semua...
hati2 dlm perjalanan...
kalo ade yg sesat ke PD ni,contact2lah mama...
kalo ade jodoh,boleh kite jumpa...
terutama pada maksu dan uncle zino yg balik rembau tu...
pada kawan baik mama,mama vogue...viruspadu..
singgah2 ler umah tp col dulu k...



PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Friday, September 19, 2008

~Macam2 hal...~

Salam korang...
lately ni mama memang x de mood nak berblog tp gigihkan jugaklah..
kali ni nak update stori pasal mama lah plak..
lama dah rasanya mama x stori mori pasal mama kan...
for the first..
saja lah nak cerita yg mama temankan hubby g jamming..
bulan poser ni kan banyak masa..
hubby n kengkawan nak hilangkan boring..'
lepas gian jap nak ketuk..
lupalah kejap perut yg lapar tu kan...


layan video plak!

malam bile btah,mama lupo lah plak..
ade cm belanjer berbuka poser kat hotel guoman..
staff melayu aje yg join..
oppsss...x banyak gambar sebab org keliling pandang semacam aje...
silap2 dorang kata kita org ni gayat..hahaha...
lantak pi lah kan...


oh ya..korang ingat lagi x yg mama ade anak buah kembar tu?(N3 BULAN MAC 08)
haa...nilah rupa terbaru mereka...
mama suker tgk yg lelaki tu,hensem...
mereka ni anak adik perempuan hubby mama...
dah besar comel kan...
yang perempuan tu nama die,NUR UMAIRAH FARHANA..
yg lelaki,MOHD HAIKAL HARIS


bicarajiwa:...mcm mana persiapan raya korang? mama dah settle 50% for anak2...mama n hubby je belom laei..kuih rayo rasanya tunjuk aje kot...x larat nak berjaga samapi tgh2 malam lately nih..penat...next week baru nak g soping kot..hehehe..hubby kan dapat bonus...apalagi,ketuk hubby lah gamaknye...al hamdulilah lah jugak kerajaan nak bg bonus,kalo mcm tahun lepas x dpt,poning jugak nih...bukan maksud mama x cukup tp kalo ado kan baguss...betul x?so korang,dah siap ke semuanya...mama mungkin lama cuti kot kali nih,nak habiskan cuti sebelum kontrak tamat...
PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Tuesday, September 16, 2008

`Jikalau semua lelaki begini,kan bagus!~

Salam korang..mama baik2 aje di sini..
cuma mungkin letih sikit bulan2 poser ni kan..
opppss...mama dah banyak hari gak kantoi..
nak buek mcm no...
asik2 muntah2 yo..
mama x idea sebenarnya nak post blog sejak akhir2 ni..
banyak copy n paste aje..boleh jugak kan?
bawah ni mama titipkan plak petua tuk para suami...
jom kita layan...

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini
ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu
anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami
isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan
sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.


bicarajiwa:..ermmm...jawapan n3 yg lepas..mama WANITA ANGIN...hehehe..mungkin kebetulan banyak persamaan dgn mama...so atas ni mama khaskan tuk lelaki plak...oppss...para isteri pun boleh bg komen tentang suami2 korang..raya pun dah dekat ni kan,bile kenangkan balik,rasanya byk gak dosa mama pada suami dlm sedar or x sedar..raya nanti nak mintak maaf kat die..tp setiap kali mama 'berangin',x de tunggu rayo de nak mintak maaf...jam2 tu gak mama mintak maaf,takut x sompat jo...korang2 plak,ape perasaan korang bile SALAM DAN CIUM TANGAN SUAMI DI PAGI RAYO?ceritolah sikit kat mama...
PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Monday, September 15, 2008

~Kerana dirimu begitu berharga...~

Salam korang..moga2 semuanya sihat ya...
mama ok jer...cuma masih mabuk...
dan tuk pengetahuan uols,berat mama turun lagik..
83kg dah skrg...totally turun sepanjang mama ma peknen ni...7 kglah...
nak buek mcm no..x do selero makan..

ermmm...pasal n3 yg lepas...
dun wori..mama dah ok...
yg tinggal komen semua tu x terlibat lgsung...
org 'tu' jarang tinggal komen kat blog mama...
arggghhhh...lupokan jolah...

skrg ni mama nak tanya korang,korang yg mana satu...

Yang mana menggambarkan diri anda ?.........

WANITA TANAH


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus(21 April-20Mei),
Virgo(24Ogos-23 September) dan
Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun),
Libra(24 September-23 Oktober) dan
Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer(22 Jun-23 Julai),
Scorpio(24 Oktober-22 November) dan
Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

ni mama saje try..tgk ramai gak yg buat kan...




Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate



You're a well liked, though underrated, blogger.

You have a heart of gold and are likely to blog for a cause.

You're a peaceful blogger - no drama for you!

A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.



bicarajiwa: kalo korang pandai,korang boleh tahu mama yg mana..hehehe..saje je suker2 kan...tp ade jugak yg kebetulan tu...

PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Friday, September 12, 2008

~Siapalah aku pada kamu!?~

salam korang...ape kabar? mama mc semalam,ade hal sikit...
al hamdulilah,sejak mama dpt tahu nak diberenti ni,mcm2 peluang kerja yg dtg..
nak dgn x nak aje skrg...
terima kasih atas sokongan dan doa kalian...

ok..kali ni mama nak cerita sikit atau lebih tepat..
meluahkan perasaan yg terpendam..
harap korang sudi dgr ya...

sejak mama berblog ni..
mama dpt ramai kawan...
x kira umur,pangkat dan darjat...
al hamdulilah...mama suker ramai kawan nih..
ade masa mama ym,ade mama sms dan ade masa mama berbalas email...
tp mama terasa sikit...
bukan mama kata mama nak korang layan mama every minutes..
tp sekurang2nya jawablah salam ym mama bila mama tegur..
tp ini tidak...serasa mcm mama ade buat salah pulak..
ym x dijawab,bila mama tegur terus offline..
kenapa ya?
kalo mama ade buat salah,mama nak mintak maaf...
dr hujung rambut hingga hujung kaki...
tp setakat ni mama rasa,mama masih menjaga etika persahabatan..
mama boleh di bawa bercakap tentang ape saja...
tentang ape saja tak kira sama ada dgn lelaki atau perempuan..
mama memang terbuka dan mungkin over sikit...
sape yg dah pernah ym dgn mama mungkin dah fhm sikit perangai mama...
tp mungkin ade yg x blh terima keterbukaan mama...
mungkin ade yg terasa hati..
dan mungkin ade yg x suka dgn cara mama..
kepada KAMU,KAMU DAN KAMU..
kamu tahu siapa kamu..
mama nak mintak maaf andai kata mama membuatkan kamu tersinggung...
membuatkan kamu rasa serba salah...
dan mungkin kamu terusik jiwa...
maafkanlah mama andai mama bersalah...
mama x de niat ape2 cuma mama lebih suka berterus terang...
mama x suker menyorokkan identiti mama sendiri...
memang kekadang mama terover sikit tp itulah mama...
dan lg satu,mama ni sensitif dan manja sikit...
kalo terusik jiwa,mama minta maaf ya...
dan kalo kamu rasa mama ni menyibuk je,
insya-allah mama akan undur diri...
cuma maafkan mama ya!!
kadang2 kite x blh puaskan hati semua orang..



PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Wednesday, September 10, 2008

~Keputusan muktamad~

salam korang...ape kabar..?
mama sihat cuma masih mabuk di pagi hari...
firstly,terima kasih atas pendapat dan cadangan korang semua..
sedikit sebanyak ia membantu mama membuat keputusan ini...
selepas n3 mama yg lepas..
mama telah di panggil utk meeting dgn bos besar..
dlm hati berkata kalo peluang dan gaji yg diberi menarik..
memang mama akan turut serta team ni ke projek baru..
namun setelah perbincangan,projek baru tu cuma memakan masa selama 3 bulan sahaja..
maka mama dgn nekad tidak akan turut serta dlm team ni..
x berbaloi langsung...
andaikata 3 thn,memang mama akan ikut serta...
dlm tempoh 3 bln itu,mama terpaksa ulang alik ke kajang..
memang x beri makna besar..
so keputusan mama muktamad..
mama x akan pergi ke projek tu...
insya-allah,ade rezeki lain di sini yg lebih bagus tuk mama...
tuhan tu maha mendengar dan maha penyayang...
besok mama dah dipanggil interview tuk company baru...
45 minit jugak dr rumah tp masih dlm kawasan takhlukan..
al hamdulilah...kalo memang ada rezeki mama,dapatlah keje tu..
korang doakan mama ye!
semoga ia memang rezeki mama...
dan semoga doa kalian akan mengiringi mama...




PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Monday, September 08, 2008

~Mintak pendapat korang~


mama nak mintak pendapat korang...
company mama dapat site baru maybe di kajang @ shah alam...
patut ke mama ikut atau tinggalkan saje company ni...
nak tgglkan terasa sayang sebab company mama ni best!
kalo x ikut,mama nak keje apo..
nak2 dlm keadaan mama yg peknency...
jarang comp yg nak amik peknecy mum..
bukan mama x leh berenti keje tp kesian kat hubby kan...
dgn pendapat mcm tu..
memang cukup2 makan aje...
nak dpt bb baru lagi..
banyak pakai duit nanti..
kalo mama keje,dpt gak bantu2 sikit...
mama dalam dilema skrg...
kalo ikut plak,banyak perkara yg berbangkit nanti...
mana nak uruskan anak2 lagi...
suami lagi...
hubby pun berat hati nak bagi pergi..
agak2 korang,kalo mama berenti..
boleh ke mama minta pampasan...
ye lah,mama dah genap setahun keje kat sini..
korang tolong mama bg pendapat ya...
mama buntu skrg nih...



PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

Wednesday, September 03, 2008

~Cinta seorang suami~

Menitis airmata tatkala mama membaca cerita ini...korang baca ye sampai habis..kalo korang x rasa sebak,maknanya....lu pikir lah sendiri...


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah
senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58
tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit.
isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan
menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.
Hal itu terjadi
selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan
terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan
lagi.
Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran,
menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di
hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat
isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung
kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi
isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya,
mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya
menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu
memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan
dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali
menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan
sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat
buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa
tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang
tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah
mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya,
dan yang dia inginkan
hanya satu:
semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak
kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat
bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari
bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya
.........
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,
kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati
masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji
akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar
anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh
anak-anaknya.
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....
mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan
adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia
telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu
kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu
apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat
bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang
baik dirawat oleh orang lain ........bagaimana dengan ibumu yg
masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun
melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya...
Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen
TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani
Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada
pak suyatno...
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri
yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio
yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini
mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana
Allah maka semuanya akan luntur...
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya
.......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya...
Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan
dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4
orang anak yang lucu dan baik-baik...
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan
itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi
dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan
saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya
meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan
rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha
Mendengar... .

bicarajiwa:..alangkah bahagianya kalo suami kite semua mcm ni kan..mama sentiasa berdoa agar suami mama berperasaan begini nanti walau mama dah tua dan x secomel sekarang...semoga ikatan ini akan kekal sepanjang hayat...mama akui,x boleh hidup tanpa dia sebagaimana die juga x blh hidup tanpa mama..hiks,baru2 ni mama merajuk tp ayat2 die tuk pujuk mama amat menyentuh sanubari mama...sebak! jarang seorang lelaki menangis kerna seorang wanita kan? tp die x malu tuk menangis demi membuktikan cinta die pada mama..
~ya allah,aku bersyukur sangat kerna kau menganugerahkan aku seorang suami yg menerima aku seadanya,walau mama x secantik bidadari,
dan walau pun die x lah semewah,x tinggi pangkat tp aku bahagia..~


PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments