JellyPages.com

Tuesday, September 16, 2008

`Jikalau semua lelaki begini,kan bagus!~

Salam korang..mama baik2 aje di sini..
cuma mungkin letih sikit bulan2 poser ni kan..
opppss...mama dah banyak hari gak kantoi..
nak buek mcm no...
asik2 muntah2 yo..
mama x idea sebenarnya nak post blog sejak akhir2 ni..
banyak copy n paste aje..boleh jugak kan?
bawah ni mama titipkan plak petua tuk para suami...
jom kita layan...

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini
ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu
anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat
dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami
terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai
pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan
untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami 'mithali' menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk
sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan
yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit
yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan
turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan
semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai
suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang
anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok
dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan
yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan
hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat
menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan
mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa
makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa
mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami
isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan
pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak
masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan
ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan
penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang
cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan
kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.
Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita
dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,
kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia
membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga
juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada
orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang
dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka
apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki
suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah
tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri
merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila
suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai 'role model'. Hidupkan amalan
sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan
menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah
tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain
daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila
berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan
isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara
serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan
keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut
berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami
tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat
tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,
waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan
masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap
suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk
pembantu rumah.


bicarajiwa:..ermmm...jawapan n3 yg lepas..mama WANITA ANGIN...hehehe..mungkin kebetulan banyak persamaan dgn mama...so atas ni mama khaskan tuk lelaki plak...oppss...para isteri pun boleh bg komen tentang suami2 korang..raya pun dah dekat ni kan,bile kenangkan balik,rasanya byk gak dosa mama pada suami dlm sedar or x sedar..raya nanti nak mintak maaf kat die..tp setiap kali mama 'berangin',x de tunggu rayo de nak mintak maaf...jam2 tu gak mama mintak maaf,takut x sompat jo...korang2 plak,ape perasaan korang bile SALAM DAN CIUM TANGAN SUAMI DI PAGI RAYO?ceritolah sikit kat mama...
PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

22 comments:

Tie said...

Panjangnya...tapi yang ingat bab mandi bersama..hi hi..bahaya tu..nanti jadi benda lain lak..hi hi..Lagi pun kena sorok dari anak2..kang mereka sibuk nak ikut mandi sama...kacau daun laa...

Tie said...

ooops..kita pun wanita angin..hi hi..

Khas Lysha said...

Tentu aman dan dunia kalo sumer lelaki mcm ni kan...

pagi raya kalo salam n cium tgn bie kompem meleleh air mata.. kalo hari tak raya tak pulak.. padahal hari2 salam.. mungkin suasana tu kot yg mmbuatkan rasa syahdu n insaf.. sbnrnyer air mata happy pon iya jgk sebb masih dpjgkan usia n dapat beraya bersama..

Abahnajwa said...

Mama

Terasa sangat kerdil diri ni bila melihat pencapaian diri berbanding senarai mama tu..Aduhai..banyak lagi yang perlu dimuhasabahkan diri ni..

13may said...

hehhe hehe :)

eedany said...

mesti ada juga lelaki yg macam tu kan mama...

tak sabar nak tunggu raya 14 hari saja lagi...

:)

ghimau said...

1st time masuk blog ni setelah sekian lama hanya mendengar nama sahaja .. huhuhu

cikdinz said...

tima kaseh lah kerna mengingatkan saya...

cikdinz said...
This comment has been removed by the author.
en_me said...

salam ramadhan mama ittew..

zino said...

panjang list tu.. semuga semua suami ada ciri2 tu..

Unknown said...

owh pedoman. mekasih mama

kasihlatifah78 said...

ermmm...mungkin ada satu, dua yg saya dan suami amalkan... tapi byk lagi rasanya yg terkurang... tapi kalo bab minta maaf suami saya lebih mudah meminta maaf berbanding saya bila kitaorg bergaduh sbb slalunya dia yg buat saya menangis.. tapi bila saya rasa saya btul2 salah saya akan minta maaf....

Jie said...

bila dah berbelas tahun kawin..baru lebih rasa manis....masa mula2 tu sibuk nak bina rumahtangga..sibuk dgn anak2...skrgni mmg betul2 masa berdua..mandi berdua..kahkah

rasp said...

ni info elok ni mama untuk sharingkan.. tq iye...

*SiRibenMerah said...

erkkk.. mama neh.. I blom kawen la.. neh yg menjeles baca entry mama neh.. adeshhhh =P

Intan and The Boys said...

belum rasa lagi mama. raya tahun ni raya first ngan suami. ntah camne la gaya nye ek.

:)

Mak Su said...

kitorang ada ler menitis airmata setitik dua, tapi cepat2 sapu, lepas tu gaduh2 balik, buk bak buk bak

Yaya said...

he he...menarik n3 neh mama..kena forward kat hubby ni gak

mummysyafie said...

boleh ke mandi bersama..tak leh concentrate nanti..kikiki

cendawanintim said...

owhhhhhh, bersalam-salaman di pagi raya..sungguh terujaaaa..ewahhhh

azlanlin said...

Kekadang kekuatan seperti itu sukar dicapai oleh manusia kerdil... Akhirnya, semuanya adalah kemanisan minda yang diharapkan. Moga-moga keseimbangan antara keduanya akan tercapai...Insyallah.