JellyPages.com

Wednesday, September 03, 2008

~Cinta seorang suami~

Menitis airmata tatkala mama membaca cerita ini...korang baca ye sampai habis..kalo korang x rasa sebak,maknanya....lu pikir lah sendiri...


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah
senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58
tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit.
isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan
menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.
Hal itu terjadi
selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan
terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan
lagi.
Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran,
menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di
hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat
isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung
kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi
isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya,
mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya
menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu
memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan
dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali
menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan
sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat
buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa
tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang
tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah
mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya,
dan yang dia inginkan
hanya satu:
semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak
kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat
bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari
bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya
.........
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,
kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati
masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji
akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar
anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh
anak-anaknya.
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....
mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan
adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia
telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu
kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu
apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat
bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang
baik dirawat oleh orang lain ........bagaimana dengan ibumu yg
masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun
melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya...
Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen
TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani
Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada
pak suyatno...
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri
yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio
yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini
mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana
Allah maka semuanya akan luntur...
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya
.......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya...
Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan
dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4
orang anak yang lucu dan baik-baik...
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan
itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi
dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan
saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya
meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan
rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha
Mendengar... .

bicarajiwa:..alangkah bahagianya kalo suami kite semua mcm ni kan..mama sentiasa berdoa agar suami mama berperasaan begini nanti walau mama dah tua dan x secomel sekarang...semoga ikatan ini akan kekal sepanjang hayat...mama akui,x boleh hidup tanpa dia sebagaimana die juga x blh hidup tanpa mama..hiks,baru2 ni mama merajuk tp ayat2 die tuk pujuk mama amat menyentuh sanubari mama...sebak! jarang seorang lelaki menangis kerna seorang wanita kan? tp die x malu tuk menangis demi membuktikan cinta die pada mama..
~ya allah,aku bersyukur sangat kerna kau menganugerahkan aku seorang suami yg menerima aku seadanya,walau mama x secantik bidadari,
dan walau pun die x lah semewah,x tinggi pangkat tp aku bahagia..~


PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

27 comments:

Tie said...

Tie sedih tau..dah bengkak mata ni..hu hu...

Umi Mia said...

ermm..terharu yer pengorbanan suami dia....tapi entahlah...payah nak jumpa lelaki mcm tu zaman skrang....

Mieza said...

sedihnya...klu semua suami di dunia cenggini...aman dunia ni kan...

semoga hubby along pun ALLAH kurniakan fikiran sebegitu...setakat ni ALHAMDULILLAH...AMIN

lupakanje said...

Kat seremban ada mama...ong kampung gak..sedara acik...jaga isteri lumpuh, anak pompuan lumpuh...semua dia uruskan...bygkan, anak dtg bulan pun dia uruskan...sbb anak terencat akal dh lebih 30thn umur dia rasanya., isteri pun tk mampu nk bantu dah..tpi dia tetap setia dan tk lari dari tanggungjawab. Mang tabik spring kt ong laki camni...
Acik suka main ngan anak dia...embak yee...embakk...hehhe...

zino said...

semuga apa yg di hajat akan tercapai ..amin..

Abahnajwa said...

Mama..

ish...sebak abah mama..ramai pompuan yang rasa jarang ada suami yang setinggi ini kasih sayangnya kan? Tapi abah yakin..ramai suami2 kita yang camni..abah doakan semua suami2 di dunia ni macam dia ya mama...Aminn

Ayu said...

MR, akak dah penah baca.. memang menitis air mata aku membacanya.. Allahuakbar.. mudah2an kite semua bahagia sampai ke akhirat kelak.. aminnn

rasp said...

mama touching story ni mama..moga2 suami kita semua mengambil iktibar dengan crite ni dan moga2 isteri pun jgn lalai terhadap suami masing kan... insyaAllah...

ita.itu said...

yallah mmg sedih aku tau..aku hrp laki aku pun mcm ni lah ye..amin

Abang Long said...

Salam Ramadan buat Mama.

Pernah melihat lelaki menangis kerana takutkan ALLAH ?

Sekarang sedang diduga dan diuji ...

Ada Ayrissa said...

huhu..tul tu..bertuah la badan...

p/s : selamat berpose..bb dlm pewut pon pose ke?ehehhehe

sya said...

Susah nak jumpa lelaki cam ni.. satu dlm sejuta pun belum tentu jumpa

YanDarwisy said...

Zaman skrg mmg susah nak dpt lelaki mcm tu, tapi ape yg ader ni pun dah syukur kan mama?

Mak Su said...

sedihnya.......

Zareda Norman said...

Syukurlah mama diberikan suami yang baik..

Kak zar pun pernah sakit.. setahun.. tapi hubby jaga kak zar macam menatang minyak yang penuh.. syukur.. sebab tu kak zar kalau nak marah marah kat hubby, kak zar selalu ingat pengorbanan hubby pada kak zar.. Alhamdullillah

Aleeya said...

mmg sedey..:((

Khas Lysha said...

sgt terharu.. isk isk

~akuni~ said...

Mama, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Macam suami kita/family kita, kenalah kita terima seadanya... dia org pun manusia biasa...

Tahniah kepada Mama sebab dah dapat kereta - wira ke?

~dyla~ said...

sedih la.. jarang kan ada suami mcm ni... ada tu yg bila bini sakit leh plak cari pompuan lain...

sama2 la kite doa dikurniakan suami yg sbaik mcm ni

~dyla~ said...

sedih la.. jarang kan ada suami mcm ni... ada tu yg bila bini sakit leh plak cari pompuan lain...

sama2 la kite doa dikurniakan suami yg sbaik mcm ni

eedany said...

sedihnya cerita ni...

semoga dapat suami yang sebaik pak suyatno kan mummy...

kuchalana said...

mama.. xsmua perempuan reti dan tau menghargai seorg suami..

i've seen this scenario once di hospital ipoh.. pakcik tu duk tunggu bini dia seharian.. dalam usia 70an... dia lapkan bini dia.. dia angkat bawak pi toilet.. dia bacakan al quran.. dia berbual dan buat lawak.. dia kuar pon tuk mandi dan solat ja.. menitik air mata tgk.. dalam hati duk berfikir.. boleh ke aku jadi mcm tu dalam usia mcm tu..

*SiRibenMerah said...

shahdunye...
hukssss....=(

shafarina said...

Mudah-mudahan. Kalau kita bagus, dapat pun bagus juga.

echah_syed said...

dah ramai combi jupe suami yg baik mcm gini..alhamdulilah.

kawin kerana nafsu berbeza dgn kawin kerana kasih syg.. :)

suami yg baik tidak akan menceritakan keburukkan isteri pada org lain walopun dia terpaksa menanggung derita..

tp skrg ini..ade suami yg memburukkan isteri hanya utk memikat wanita lain..!

sgt keji :(

tinkerbell said...

masyaAllah.. terharu sungguh..
mama cak!!..
lamenye x dtg sini.. rindu sgt..
mama sihat ke?
baby ok?
anak2 ok?
selamat berpuasa ye..
muah muah

Mama_Nofal said...

sebakkkk....x sokaaaa...aku sebakk...