JellyPages.com

Thursday, April 24, 2008

~ISTIDRAJ~


Minggu lepas, kawan seofis tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,seorang kawan lagi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


P/S:pagi td mama dpt berita seorang rakan sekampung meninggal,baru berusia 27 thn dan meninggalkan 2 org anak yg masih kecil..al fatiha tuk arwah..ia disebabkan sesak nafas saje..kalo dah ajal,x kira muda atau tua kan..semoga isteri beliau tabah menghadapi dugaan ini..

30 comments:

Mieza's Penny said...

best gak sesekali ada tazkirah ni...ilmu ssh nak dpt...tq ya kongsi2 ngan kami...:D

Takziah buat kwn eira tu smga tabah hadapi hari2 yang mendatang...ingat anak2...kenangan ngan arwah n jg baik2... :(

Jie said...

mama..tiba² teringat ttg kes Dee

""Kalau tuhan nak laknat dah laknat lama dah"

selamber giler dia keluarkan statement tu , kan...

Al Fatihah, semoga rohnya di cucuri rahmat dan semoga keluarga yang ditinggalkan tabah menghadapi dugaan ini.

haJa*darLingZ said...

segala2nya hnya pinjaman...bukan kite ni akan hidop selama2nye...btlah amal bnyk2..insya-allah di akhirat akan senang ;)
*thanks mama..citer yg best dan menarik*

CikguZue said...

salam ziarah...
tq buat muhasabah diri ini yg lemah...

muadzlife said...

semoga kita terus bersyukur dan terus perbaiki diri sepanjang masa...:)

silversarina said...

banyak kali juga jumpa manusia yang istidraj , lagi buat maksiat lagi naik pangkat dan lagi jauh dari Allah.. insaf dengan tezkirah mama ni.

RaFFLeSiA MeRaH said...

tq atas tazkirah ari ni...

RaFFLeSiA MeRaH said...

tq atas tazkirah ari ni...

13may said...

menarik!

:)

Zareda Norman said...

mama
kak zar lupa ayat dari surah mana tapi maksud ayat tu Allah SWT akan makbulkan setiap permintaan manusia tu sampai manusia tu sendiri alpa dan lalai. Contohnya, mintak naik pangkat, dapat.. mintak suami baik, kaya.. dapat, minta cantik, dapat.. sampai satu peringkat manusia akan lalai, alpa dan riak dan takbur dengan segala yang dia ada.

Sebab tu kita bila dapat sesuatu nikmat dari Allah, cepat cepat bersyukur supaya kita sentiasa dalam keredhaanNya. Pesanan ni untuk kak zar juga..

Sabiah said...

ye lah mama,
kadang2 kita lupa bila diberi nikmat terlalu byk.
terima kasih atas tazkirah ni,harap2 dpt saling mengingatkan.

@e_da said...

sgt bagus artikel ni mama.. jd panduan kita.. kdg2 mmg ter alpa dgn nikmat dunia.. bersyukur apa yg ada..

CPI said...

mama tq...bestnye...

theblabber said...

mama, tak dinafikan sbg manusia yg lemah, kdng2 kita lupa dan cpt mengeluh.tq sbb nasihat ni.indeed very good :)

aNIe said...

Mama...semoga kita tidak tergolong sebagai manusia yang istidraj...

Terima kasih mama kerana berkongsi...

Al-fatihah buat yang pergi...ajal & maut akan datang tanpa menanti walau sesaat...takziah buat isteri dan keluarga arwah...

aNIe said...
This comment has been removed by the author.
tinkerbell said...

its true..
sgt betul..
Allah takan menghampakan hambanya yg mencuba kan..

zino said...

terima kasih dengan perkongsian ilmu ini....

viruspadu said...

sedih la pulak aku ni

ra buat la cerita pasal ko, aku nak tahu pasal ko , mana gambar ko nihhhh

cendawanintim said...

mekasih atas info yang dipanjangkan ini....

ita.itu said...

sukalah info nih...bagus tau..utk org2 yg perasan bagus elok bc..heheh

Mak Su said...

beringat2 ler ek, tq mama

kakLuna said...

baru 2 hari lepas baca artikel ni dari blog nero..arini kat blog eira pulak...tapi takpe..akak pun suka baca artikel ni, berkali2 pun takpe..sbb ianya betul2 kene tang batang idung akak.....

mummysyafie said...

soklan yang pertama kat atas tu selalu bermain di fikiran ...


al-fatihah untuk arwah

Qaseh Bidadari said...

kite cuma insan yg kerdil...

hanya di beri menumpang di bumi allah...

nikmat yg di beri haruslah kite bersyukur...

bukan dgn membanggakan diri...

bukan selamanya kite diatas...

dan x selamanya kite di bawah...

ikut resmi padi,makin berisi,makin menunduk...

terima kasih pada semua yg tggl jejak kat sini...

mama bz betui,x dpt nak balas one by one...

Yaya said...

knowledge sharing yg bagussss, tq mama

Mommy Lily said...

Aminn..bersyukur kita dgn segala kurniaan aLLAH selama ini...thanks MAMA

Shah CJ said...

TQ mama. tazkirah yg sgt mengesankan.

kata ulama sufi. bila mendekatkan diri pada Allah jgn mengharap karamah, tapi dekatkan diri pd Allah kerana mengharapkan Rahmah Allah.

Shah CJ said...
This comment has been removed by the author.
Qaseh Bidadari said...

mama hanya mampu berkongsi...

dan cuba mencari 'diri'..

betapa mama hanya insan yg lemah...

mencari'cinta' dr nya...

semoga die ampunkan segala dosa2 mama!