JellyPages.com

Monday, December 10, 2007

JUJUR???


KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa punyang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Radja - Jujur
Duhai kekasih pujaan hati ku


Dapat kah kau memberi ku satu arti


Sedikit rasa yang bisa ku mengerti


bukan sumpah atau janji
Bukti kan lah bila kau ada cinta


Setulus hati mu bisa memerima


Sebatas kejujuran yang kau miliki


Bukan sekedar bersama
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta


Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama


jauhi diriku lupakanlah aku oh..oh..oh
Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka


Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama


Jauhi diriku lupakanlah aku selamanya...
P/S:Tiada kata 2 yg dapat di luahkan dlm situasi sekarang...doakan mama terus tabah...buat kak ahni,sori coz mama copy cite tu...otak mama dah blank...maafkan mama k!

18 comments:

Mak Su said...

teruskanlah ketabahan anda selama ini dan seterusnya

nanonano said...

salam kenal mama,
blog mama cm ade prob la,
coding kua kat atas kn??

Kaklong Syikin said...

salam,

mama, banyak berzikir, baca quran supaya hati tu tenang. pahala pun dpt.

ujian tu dtg dlm pelbagai bentuk utk tingkatkan keimanan kita dan menambahkan ibadah kita dgn DIa sbnrnya.

byk munajat dgn Allah, tak kira siang atau malam. Mohon diberi kekuatan dan minta DIa jauhkan ujian ni drp akak dan suami. tidak cukup sekali, tp berkali2 kena doa. Jgn fikir Allah nak ke kabul doa aku ni. kena tanam rasa yakin. InsyaAllah, akan makbul juga.

Anonymous said...

Berteladan sungguh cerita tu heh!

viruspadu said...

ra, tabah yer

n sori sgt x dpt jumpa ko semalam

harap ko paham

Wira Nordin said...

salam mama
hmm, x penah menjengah sini.baru kali ni dtg.rupanya mama dah linked blog saya ke web mama.tq anyway
wira pun dah link-kan blog mama jugak
wasalam

akirasuri said...

Salam mama..

Mudah-mudahan mama diberi ketabahan yang luas dalam menghadapi apa sekalipun.
Sabar ek :)

HAPPYIRFA said...

salam mamaranggie..
baru ada kesempatan khatam blog mama.harap mama tabah.

Unknown said...

Salam Mama Ranggie...
Memang best baca tentang rumput tu. Memang betul apa yang Mama Ranggie tulis. Sihat ke hari ni?

KakNi said...

Take care Mama...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Manusia memang selalunya jarang pernah berpuas hati dengan apa yang sudah dimiliki.

Semoga Allah permudahkan hidup MR. Walau apapun yang MR hadapi, itu dugaan dari Allah untuk menguji. Ada hikmahnya.

Intan and The Boys said...

sabar ekkkkkkkkkkkkkk........

NONIE AZIZ said...

Harap Mam tabah menghadapi masalah ni...Kuatkan semangat sis!!

muadzlife said...

kuatkan diri.. dan terus tabah...

NBK466 said...

Moga jodohnya KUAT...

Ceera said...

nape nie mama... mama tabah eks...

cikdinz said...

insyallah mama ranggie. berkat doa, semua nya kembali pulih...

Qaseh Bidadari said...

kepada semua yg sudi memberi sokongan dan dorongan,mama ucapkan terima kasih yg x terhingga kerna sudi memahami situasi mama saat ini...mama akan cuba menangani masalah ini dgn secepat mungkin...doa kalian mengiringi mama...