JellyPages.com

Friday, May 09, 2008

~KUASA CINTA~

Jurulatih dibunuh mungkin akibat cemburu

SEREMBAN: Polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan seorang jurulatih di Institut Kejuruteraan Tentera Darat Bahagian Sekolah Pertukangan Perantis, Port Dickson bermotifkan cemburu dan dendam pihak tertentu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Zazali Hashim, berkata berdasarkan siasatan awal, kes itu dipercayai berpunca daripada cemburu.

“Setakat ini, seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kenyataan daripada tiga rakan mangsa yang menyaksikan pembunuhan itu juga sudah diambil,” katanya yang ditemui semalam.

Beliau berkata, senjata pembunuhan bagaimanapun masih belum ditemui tetapi berdasarkan kesan luka, ia dipercayai akibat pisau pemotong daging.

“Siasatan terperinci berhubung kes itu masih berjalan dan polis sedang berusaha mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi kelmarin, Mohamad Zawahir Anwar, 36, diserang sekumpulan lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Raja, Rembau.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur bersama rakan iaitu dua wanita dan seorang lelaki diheret keluar dari kereta oleh sekumpulan lelaki sebaik berhenti di depan rumah terbabit.

Allahyarham Mohamad Zawahir terus dibelasah dan ditikam menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya tidak disentuh.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian badan dengan beberapa kesan tikaman.



P/S:.....dah baca dah cerita kat atas tu?mangsa sama tmpat keje dgn hubby mama!tp die a**** lah kan!sukar nak tafsir tp kalian seme rasanya tahu kan ape motif nya! itulah,dlm perhubungan suami isteri,kite seharusnya 'SETIA' dan elakkan 'makan luar'...ni lah akibatnya kalo ikut nafsu..yg kesiannya,isteri mangsa sedang mengandung!tp bende dah nak jadi!kite berdoa lah agar suami/isteri kite setia pada kite!org kalo dah sakit hati,blh bertindak di luar batas!!!!semoga suspek tu (yg juga rakan sekerja mangsa)menerima hukuman setimpal!betul kata pepatah,ikut nafsu,mati..ikut hati,binasa!ehhh,betul ke ni?kalo dah tahu isteri tu main kayu 3,4,lepaskan ajelah!!mungkin tuhan nak tunjuk die bukan jodoh awak lg!buat ape sampai nak bunuh2 ni!?awak dpt dosa,masuk penjara,isteri dah tentu paling tadah!sedangkan awak ade pon die curang,ni kan kalo awak dlm 'tu'!tp itulah kuasa CINTA!ape pon sanggup demi sayang!

UPDATE:

mama dah jumpa bloggers2 ni...

viruspadu memang selalu lah!dah tentu my buddies kan!


P/S:this weekend ade lg yg nak datang sini...so mama nak ambil peluang jumpa ok!next week pon ade tp mama x tau lah kalo die sudi jumpa mama!kalo sudi,mama on aje!ok...mama will update later ya!mizz u ols!

PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

21 comments:

Mak Su said...

Ya Allah, murahnya nyawa kini

DYLA said...

sekrg nie senang aje org nak bunuh2 org.... mcm2 kes. pas satu2... itu lah akibat bile setan dah menguasai diri

fizz said...

oh xsangkanya ...mmg dlm perhubungan kesetiaan tue sngt2la penting, tapi dlm kes nie, napelah sampai nk berbunuh2, ish..ish!

Mieza's Penny said...

sama keja ngan laki ko eira...jgn dia 'ngacau' kat tmpat tu udah...:p

skrg bunuh org cam sembelih ayam jekan...bukan bole mkn pun...lgsg x takut dosa...sian lak ngan bini dia kan...:(

sama2lah kita doakan yg terbaik buat arwah...AMIN

UmiMia said...

eeiiii....gerun...seriau....

Shah CJ said...

renung2 le balik time diri sendiri. study balik apa ustaz cakap.. ingat balik kuliah2 masa kursus kawen.

kesetiaan amat penting dlm perkahwinan. berlebih kurang dn menerima kekurangan pasangan.

adakah bangsa malayu kini makin ganas?

NBK466 said...

Bila IMAN nipis...senang saja digoda syaitan..nau'zubillah..

kuchalana said...

dunia semakin kejam... wah2 mama.. nanti den turun PD den ping mama.. ada berani.. hu2

cendawanintim said...

mama,

Macam2 perasaan bila baca n3 mama kali nih...

Mintak kita sumer dijauhkan dari segala malapetaka nih...nauzubillah...

~eira~ said...

maksu,
ngeri kan!

dyla,
betul tu yang..kekadang mcm mustahil kan ade manusia mcm tu!

fizz,
kalo iman senipis kulit bawang!

along,
die guna pisau pemotong daging tau!

umi mia,
org kalo dah sakit ati kan!

~eira~ said...

cikgu jawe,
mastika pon ade kuar isu tu'kite semakin kejam'...

nbk,
betul tu bang!

kuchalana,
mama xde hal lor!sedia terima je!

c.i,
betul tu yang!takut kan!

Ungku Nor said...

fuhhh..muka akak masuk megezin laaa!!

hehehe

zino said...

dah banyak megezin mama masuk ni.. semua dengan kenalan siber hehe ada sorang dua yg uncle kenal tu..

Pak Ngah: said...

:: salam... selamat hari ibu...

KV said...

kena setia beb! Moga kita semua dilindungi. Ramainya yg mama dah jumpa!

Acaii Jawe said...

itulah gunanya agama nak kawal kita dari buat benda diluar batasan kemanusiaan,huhuu

viruspadu said...

ra, letaklah gambar aku yang kurus2 sikit hiks

Qaseh Bidadari said...

kak ungku,
wah..glamor kak ungku kan!

uncle,
sape tu?

pak ngah,
thanks ya!

kv,
kite bile nak dating!

acai,
betul tu!

mah,
la,ko memang dah kurus ape!rasa mcm nak bg je lemak2 aku kat ko..biar berisi sikit!hehehe!

ita.itu said...

wah byk nye bloggers yg mama jumpa ek ..kelas ko

...$weE+ 666... said...

eh dgn kita tanak jumpa ke yang oiii? hiks!

hepi mother's day, mama ranggie! :-D

its a wonderful day to celebrate! the day belongs to the woman who has done more for us than anyone in the world... and it spells M.O.T.H.E.R! i'm sure ur enjoying ur motherhood, as much as i'm enjoying mine!!! *hugs*

ceria seindah suria said...

salam...arwah merupakan sepupu saya..ketika menerima khabar tersebut sy amat terkejut..semasa pengebumian arwah..sy hadir..dan melihat sendiri bagaimana anak2 arwah menangis melihat ayah mereka yg sudah tiada lagi..semoga insan kejam tersebut kembali ke pangkal jalan..sy tidak tahu ape cerita die sbaliknya semua ini..kerana ibu bapa sy tidak memberitahu ape kmungkinannya di sebalik semua ini