JellyPages.com

Wednesday, May 07, 2008

~KASIH MAMA/IBU/UMMI/MAK/MOMMY~


my mum...
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin
itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
jururawat.


Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada
dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki a! lam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.

Si anak cukup seronok,
bagaimana pun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku,"

balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap! cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui.

tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


NOTA:
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah!

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'


P/S:sempena hari ibu ni yg bakal tiba,mama nak ucapkan 'Selamat hari ibu' pada semua yg bergelar ibu! tahniah kerana andalah adelah ibu!anda sendiri tahu ape makna 'IBU' kan! dan mama nak ucapkan terima kasih banyak2 pada mak mama yg telah melahirkan mama,mendidik,menjaga dan memahami mama..mama memang nakal,kuat merajuk,suka membantah tp mak mama sabar aje melayan kerenah anak die ni!mama memang sensitif sikit tp mama merajuk kekadang x lama...sekejap aje! thanks mak for everything!mama tahu die ade baca blog mama!mak,along nak mintak maaf kalo selama ni along ni memang sensitif sangat dan x peka perasaan mak tp nak buat mcm ne,itu adalah along!along x reti nak simpan2 perasaan ni!memang gitulah!maaf k tp along nak mak tahu,along sayaaaang mak!muahhh!
PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

30 comments:

Jie said...

Abg ipar saya ada bela anak angkat, juga tak de cuping telinga sebelah.


selamat hari ibu juga utk mama

Yaya said...

aisehhh sedey la baca n3 nehhh :((

eedany said...

salam ziarah kembali...

sedihnya cerita ni... Selamat Hari Ibu Mamaranggie.

DYLA said...

selamat hari ibu buat mamaa....

btul tu,,,, tak terbalas jasa ibu..

cendawanintim said...

Selamat Hari Ibu untuk mama juga....

Unknown said...

selamat hari ibu utk mama ranggie.. hikhik

haJa*darLingZ said...

sedihhh la plk...mama, happy mothers day okeh...

Zareda Norman said...

hai mama...
thanks sudi jumpa kak zar malam tu ek.. hubby kak zar sibuk tanya sapa tu? sapa tu? dia cam tak caya kak zar ada member kat PD.. ehheheh

Kak zar tahu gambar ikan duyung tu kat mana? hehehhe kat pantai songhkla, thailand.. heheh kak zar pun pernah posing kat situ dulu.. ehhehe

viruspadu said...

dulu ko memang nakal pownnnn hahahahahahaha

ampun ra.. lariksssssssss

hihihih... alah kita sama2 nakal dulu kan :D

tapi ni mmg satu kitaran hidup kan...

mummysyafie said...

mama...selamat hari ibu yer..

Mieza's Penny said...

huhu...sedey nya cite ni....

selamat hari ibu buat eira ya...:D

irasilver said...

:(

Selamat Hari ibu buat semua!!! Termasuk diri ku ini! :P

Qaseh Bidadari said...

kak jie,
setiap org ade lebihan tersendiri...

leeya,
jgn sedih2 k!

eedany,
selamt jugak tuk awak!

dyla,
betul tu..sukar nak di nilaikan!

Qaseh Bidadari said...

c.i,
tuk awak jugak!

lindosh,
thanks ye yang!

ja,
selamat hari ibu tuk ja ye!

kak zar,
suker borak dgn kak zar...len kali kite dating lg ye yang!

mah,
uwaaa...kalo boleh di putarkan,nak aje aku kembali ke zaman itu...tp itulah pengalaman kan yang!

Qaseh Bidadari said...

mummy shafie,
tuk mummy gak k!

along,
tuk along gak!

ira,
selamat hari ibu gak!bile nak tambah bb ni yang?

CPI said...

slmt hari ibu mama....:)

Mak Su said...

sedihhhnyer, mama, jemputlah baca ini, http://jamilahyangayu.blogspot.com/2008/05/mak-ada-seprai-untuk-mak.html

echah_syed said...

selamat hari2 utk kita sume :p

sbb kita kan mama.. :)

kena sihat & selamat :D


* out of topic ke?*

Mommy Lily said...

selamat hari ibu tuk mama juga..

mama mesti dpt jadi ibu terbaik utk 3 putera puteri itu..

zino said...

buat baik dengan ibu sementara dia masih ada.. dia lah segala2 nya..

kuIna said...

salam mama
u'r great mom!

Qaseh Bidadari said...

nana,
thanks ya!muahhhh!

maksu,
mama dah baca dah!tq!

kak combi,
thanks ya!

mommy lily,
insya allah!

ucle zino,
betul tu uncle!

ku ina,
thanks ya!u too!

ita.itu said...

x sedo ek anaknye..sume nak kat dia..ibunye gak beralah..geram ek

ita.itu said...
This comment has been removed by the author.
muadzlife said...

selamat hari ibu....

semoga kasih sayang berpanjangan :)

Anonymous said...

Selamat Hari Ibu utk mama n suma bloggers...

Qaseh Bidadari said...

kak ita,
muahahaha!

muadz,
selamat jugak tuk awak!

tauruzmama,
tuk awak jugak k yang!

@e_da said...

adui sebakla baca entry ni mama... harus tepon mak ni...

shafarina said...

selamat hari ibu!

Qaseh Bidadari said...

ida,
jgn sedey2 k!

kak wan,
selamat hari ibu ye yang!