JellyPages.com

Monday, July 21, 2008

~Tak adil~

Ini n3 jiwang seorang isteri..

so pada sape yg rasa meluat dan meyampah,jgn baca ok!

ni blog mama so mama rasa,mama berhak meluahkan ape saje yg terbuku dihati...


Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah
seperti berikut:


'Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka'.


Seorang wanita lalu bangun bertanya,
'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab,
'Tidak.

Bukan begitu.
Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah
ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata,
'Driver bas ni dah mampus agaknya.'
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata
'Celaka punya gas.
Masa ni jugak nak habis.'

Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham

Rasulullah SAW berkata,'Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata
,
'Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak'

(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:

'Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?'.][Tak guna sesen pun']


Rasulullah SAW sambung lagi
,
'Mana-mana isteri yang berkata,
'Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak',
maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah,
kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara
yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :
'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).'
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.
Sifat hazan bererti berdukacita'

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit.

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,
'Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya' .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.'
Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :

'Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.'
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

bicarajiwa:..ermmmm...mama terfikir jugak,mengapa 'die' akan sabar dgn setiap perangai mama? jarang ataupun yg benarnye,baru sekali die tinggikan suara pada mama...setiap perangai mama,die akan layan dan cuba memahami...x pernah die atau jarang sekali die menghampakan mama dan jarang sekali die marah atau merajuk...tp masa memula kawen dulu die masih belum faham mama,memang selalu mama sentap...tp bile dah ade anak,die jarang menghampakan ape jua permintaan,kerenah dan sikap mama yg ade angin..tp kenapa bile die 'menegur' mama,mama akan terasa hati sangat! kenapa ye? rasa mama,mama x adil pada die..korang bayangkanlah,keje rumah memang die ringan tulang membantu mama..ape saja yg mama mintak tolong,pasti die buat..kadang2 die masak,selalu2 die sidai kain,kadang2 baju anak2 pon die tolong gosokkan..kalo mama nak makan ape2 walo tgh malam,die akan keluar carikan tanpa merungut!..mama nak beli itu ini,die layankan aje! tp bukanlah melampaui batas bajet..dan yg paling penting,die terima mama walopon fizikal mama dah gini..die x segan pegang tangan mama kalo keluar berjalan dan die seorang bapa yg penyanyang...so mama rasa memang x adil kan kalo mama merajuk dgn die? ni bukan n3 membanggakan hubby mama tp itulah kenyataannye..mama rasa bersalah sbb merajuk dgn die...x cium pun tangan die masa die hantar g keje td...jdnye kat opis td asik teringat je kat hubby...balik ni nak mintak maaf kat die sbb rasa mcm berdosa tp selalu die yg mintak maaf kat mama dulu..see,x adil kan mama..ayang,mama sayang ayang..maybe pembawak budak agaknye,sebab tu mama asik merajuk je lately nih...tp ketahuilah mama sayang dan cintakan ayang..

*psst...pada kak nonie aziz dan tauruzmama,mama minta maaf sebab x dpt jumpa..x sangka plak bende berlaku hari tu dan memaksa mama tuk ke sana...maaf ya,next time moga2 kite ade rezki nak jumpa...mama rasa ralat gak x dpt jumpa padahal kalian dah ade sini..tp mama lak yg perlu ke sana...

PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

32 comments:

Ayu Mohamad said...

akak dah baca dah tulisan tu
hmm next time sebelum buat apa pon kene pikir byk kali... pikir dulu betul ke tindakan kite.. so dah minta maaf ke blom? hehehee
take care ok..
jangan ikutkan sangat perasaan yang kacau bilau tu.. kene positif tau and selalu sematkan dalam hati utk jadi isteri yg baik serta moga ceria selalu..

ok?
dah jgn majuk2 dah tauuu

KakNi said...

Sabar lah ya Mama, kdg2 kita ni org pompuan mmg cantu. Sy pun sama gak le.
Lg satu, jgn lupa bersyukur pada Allah kerana mendpt jodoh dgn suami Mama tu ya.

Kasawari said...

Terima kasih.. berkongsi ilmu.. sentiasa bersyukur apa yg ada..

Ida Naziri said...

info yg bagus nih
sama2 lah berusaha supaya dpt jd penghuni syurga

lupekanje said...

cepat gi mintak mahap...
untung le dpt somi centu...so, smentara ada, jaga lah hati dia sebaiknya...

Jangan lukakan ati dia ye... dia tu pinjaman Tuhan yang paling baik yg mama dpt. Jadik, pelihara dia sebaik mungkin. Jangan majuk2... kecik paru-paru dia nanti...mama pun bdosa. ..yg ada somi ni...keredhaan suami tu lah keredhaan Ilahi...

err...tapi sesekali majuk, best gak...heheh... taim memula nk baik smula tu mesti kelaka.
TAPI INGAT...JGN MAJUK OVER PLAK...! Dah...Gi beli derian, ajak dia makan sesama..!

rasp said...

tq for this info! peringatan utk diri sendiri...

Khas Lysha said...

kdg2 kita ingat aper yg kita buat tue bkn satu kesalahan.. kalau tak diberi peringatan mmg kita takkan sedar sbb dari keturunan terdahulu pon dah jd amalan dan kebiasaan..

Kalau bkn kita yg ubah tak der saper yg akan ubah utk kita kan..

Info nie baik utk kita n generasi seterusnya..

ras-adieza said...

alhamdulillah....mama mempunyai suami yang cukup baik dan prihatin. Memang sungguh kadang2 kita terlupa dengan sikap kita. Tumpang dia masih ada di sisi kita....harus kita menghargai dan menikmati setiap detik bersama. Entah sampai bila kita kan dapat merasai kebahagiaan begini... (satu pedoman untuk saya ingat gak...)

ita.itu said...

wah bagus mama ni..wah neraka ek..insaf la kejap..balik nih nak baca quran la...lama dah x baca

Kaktiny said...

kaktiny pun ada selit message ni dlm entri "TINTA 5 + Kisah : KERANA KASIH.. maniskan wajah, lembutkan lidah "..

Syukur kerana mama dikurniakan suami yang penyayang dan memahami..
dan semoga mama sentiasa bahagia

(control2 skit rajuk tuh.. sian cikabang... hehehe - tapi nak wat camner yer.. 'pembawakan budak'..)

Qaseh Bidadari said...

kak ayu,
terima kasih ya..kekadang kite lupa yg kite ni isteri die..hehehe...

kak ahni,
memang bersyukur sgt dpt die,x berkira sgt bab wang ringgit...

kasawari,
sama2 ya!

idashah,
kite sama2 lah berusaha ya!

shahskn,
dah mintak maap kak..hehehe...

zino said...

bila dah berkonsi hidup ni kena banyak bersabar.. tambah bila rege minyak naik.. cepat je tension nya..(ada kena mengene ke dengan minyak ni hehe) apa masaalah bawa bincang baik2..

semuga aman bahagia sepanjang hayat..

Qaseh Bidadari said...

rasp,
sama2 kak!

khas,
sama2 lah kite cuba berubah jd terbaik walo bukan yg terbaik...

ras adieza,
die anugerah allah tuk mama agaknye!

kak ita,
kenalah seimbang kan..hehehe...mama pon dah lama terleka...

kak tiny,
semoga die akan kekal sebagai suami mama..

DYLA said...

mama,
cpt2 mintak maaf ye mama... call je dia.. tak payah tggu ptg...

mama untung tau dpt suami mcm dia yg rigan tulang, sabar dan ikut kehendak mama...

dyla pun kdg2 nak merajuk tak jadi. sentiasa ingat yg baik2 k...

Qaseh Bidadari said...

uncle zino,
insya-allah,semua akan kembali stabil ya!

Qaseh Bidadari said...

dyla,
dah lah yang...tp ade lah sikit2 lg yang kite rajukkan..hehehe...

suzieapai said...

biasalah..lgkan gigi & lidah pun tergigit...sumer ni mematangkan kita suami isteri...nti say 'sory' kt abg yer! tak nk majuk2 dh...

aNIe said...

Mama...terima kasih kerana berkongsi...

Apa yang berlaku adalah asam garam berumahtangga...kadang2 kita tak tau kenapa kita bersikap demikian...alhamdulillah suami mama menyayangi dan memahami mama dan yang paling penting dia menerima mama seadanya...

Semoga segala yang berlaku akan mengeratkan lagi ikatan kemesraan suami isteri

Zareda Norman said...

mama
info yang bagus..

Biasalah mama, hidup rumahtangga ni mesti ada masam manis. bersyukur dapat suami yang baik dan sentiasa bersedia melayan kerenah kita.. Tapi mamam kena juga give, mana boleh take aje.. heheheh

Lepas ni manja manja dengan sidia ek.. jangan asik merajuk aje

eedany said...

mungkin pembawaan pegnan kot mama... macam kawan eedany kat ofis pun sangat sensitive sejak dia pegnant... kitorang tak ambil hati sangat...

semoga semua ok ya mama...

Yaya said...

mama rindu sama mama, how's ur pregnancy???

cendawanintim said...

lorrrrrrrrr, nanti cepat2 mintak maaf yer...

bertuah mama dikurniakan pasangan hidup yang begitu..

adat berumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit, gaduh manja2 kan mama..

Mak Su said...

tq mama

Whitetulip Tales said...

syukran jazilan mama kerana menyedarkan dan menginsafkan saya dgn cerita tuh. kita pun berusaha sedaya upaya menjadi isteri, ibu yang baik. moga2 setiap kebaikan kita pada suami akan dirahmati dari Tuhan. Bukannya menanti pahala semata. bersama2 kita renungkan ke dalam diri bahawa kita adalah hamba Allah yang lemah, sentiasa saja melakukan kesilapan tanpa disedari. wallahua'lam.

psstt: sentiasa mengelak dari menyebut kata2 yg tak baik depan hb..(belakang pun...)

^aNgRiAni^ said...

mama
jgn majuk lagi yer
besalah tu pembawaan baby
semoga sehat selalu :)

Ungku Nor said...

haa..sok-sok baby kuar, dia pun kuat majuk cam mama tauu!!

*pepandai je ngate orang, diri sndiri pun kuat meragam gak..hehehe*

chekgu Bani Hassim said...

saye rase dier pun paham kot...
Tp xsalah kalau mintak maaf even xbuat salah..
Lagi bagus..

Bese la moodswing nih kalau bwak budok nih...Huhu...
Sye ckp mcm pernah bwk budok je..
hehe...

NBK466 said...

Bawah N3 tuh naper cam ada tulisan zaman2 firaun? he.he.he..

kakLuna said...

haaa....usaha gak akak copy paste dlm word nk baca entry last tuh...gigih wooo...

mama...apa yg terjadi semuanya adalah suatu ilmu yg kita x kan dpt di mana2..

mama sbnrnya beruntung coz menyedari dan berusaha membaiki kesilapan mama..kalo x jd perkara ni,tentu mama x tau apa kesilapan mama,kan....ada org kan mama...mungkin langsung tak sedar dirinya sudah jauh menyimpang dr nilai2 murni...sbb dia xdpt hidayah Allah utk melihat kesilapan diri dan membetulkannya....dan lebih teruk lagi kesan jangka panjangnya kasih sayang pun berkurang,pendek kata takde barokah,mawaddah wa rohmah dr Allah SWT...


baikilah,minta maaf lah dgn suami dan mulakanlah episod yg baru yg lebih baik..

insyaAllah rtangga mama akan sentiasa dirahmati olehNya

Qaseh Bidadari said...

suzie,
insya-allah,dah ok!

kak lady,
kerana dia adalah dia...

kak zar,
memang asik ngajuk je skrg nih...hiks...

cikgu zue,
ur welcome...

dany,
memang pembawak budak,selalu mama x kuat merajuk pun...hehehe...

Qaseh Bidadari said...

yaya,
mama ok je cuma bp je kurang cantik!

c.i,
biasalah tu kan!hehe..masa nilah nak ngengada...

maksu,
:)...

white tulip,
mama memang menjaga mulut..tkut lor ...

Qaseh Bidadari said...

riani,
hehehe..mcm2 perangai kan!

kak ungku,
biasalah kite pompuan kan!muahaha..

bani,
bile nak makan nasik minyak!

nbk,
cuba guna mozilla tp mama dah tukar tulisan tu dah!

kak luna,
maaf,mama x tahu plak tulisan tu akan jd lain bile guna i.e...insya-allah kak,semuanye akan stabil!