JellyPages.com

Saturday, August 23, 2008

~ERTI CINTA~

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.



bicarajiwa:..kadang2 kite x mintak semua ni berlaku...tapi mungkin ia datang untuk menguji sedalam mana cinta kite pada pasangan masing2...mama perlu masa tuk muhasabah diri...memang perasaan ibu mengandung cepat betul sensitif...korang doakan mama sihat semula ya!
PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

20 comments:

Tie said...

Mama ranggie, luahkanlah apa yang mengganggu hati dengan harapan ia akan reda dek masa..hidup kita sebagai insan mmg penuh dengan dugaan. Hanya Allah saja tempat kita mengadu..moga2 hidup akan lebih tenang nanti...

tintaHati said...

Tersentuh dengan kata-kata di atas. Selamat menyambut Ramadhan moga jiwa mama tenang2 selalu. Ameen.

Ida Naziri said...

semua nya kerana cinta mama
selamat menyambut hari merdeka n
selamat menyambut ramadhan

semoga mama sentiasa ceria

Ayu Mohamad said...

aishhh jiwang sakan tuu :)

Sabiah said...

salam Ramadhan buat mama sekeluarga

Anonymous said...

sabar ye mama..

who i am? said...

nape ni mama...

syahdu je nih...jgn la sedih2 cay...

riang gumbirakan hati anda... :)

**suke ayat ni..."Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA."

:)

muadzlife said...

sungguh menusuk kalbu.mama

zino said...

selamat menyambut merdeka dan puasa..

Jie said...

Selamat menyambut Ramadhan mama...jaga diri lek lok..jaga baby lek lok...

CPI said...

mama uhuhuhuhuhuhhuuuu... na rase nk nagis jek bace n3 mama ni laaa...

*nana doakn mama sihat dan bahagia slalu ye...muahhhh..

cendawanintim said...

naper nih???

memang sensitip perasaan kalu time peknen kan mama...

pape pon, doa mama agar selalu hepi2 n cepat ok dari morning sickness tu..

RaFFLeSiA MeRaH said...

mudah-mudahan cinta antara kita semua isteri memang cinta sejati.....kan...

Mak Su said...

tiba2 terasa sayu di hati, selamat berpuasa ya mama.

13may said...

:)

mummysyafie said...

mama..kiter rasa kiter macam mama lah ni..naper ntah mood macam tak baik je..fikiran macam melayang je..

apa pun..take care yer mama..kiter dokan mama sihat sentiasa

Abang Long said...

Nak simpan kata - kata ini. Mohon izin.

CikguZue said...

semoga sihat dan tenang2, ok.

en_me said...

mama, cinta tak semestinya bersatu.. gittewww

*SiRibenMerah said...

salam..
mama, saya tersentuh ngan kata2 neh.. saya amek yek taruk kt dlm blog saya.. thanks for sharing =)