First,mama nak ucapkan terima kasih pada kak e (klik)sekali lg kerna memberi mama satu lg awards...kak e sms mama semalam pesan suh amik awards ni kat blog die...thanks ya kak e...sayang kak e... dan mama nak panjangkan awards ni pada semua bloggers yg dah jadi mama,mommy,mummy,ummi,umie,ibu atau mak...anda semua memang best!!!kamu memang sporting dan penyanyang...buktinya,n3 kamu semua pasti kisah anak2 yg kamu sayangi...betul x?...see...u'r da best!!!
Mama nak cerita sikit pasal awards yg diberi pada mama....kira sambunganlah n3 yg lepas....ade komen yg ditgglkan(thanks ya!) mengatakan mungkin (betul kan kalo mama salah) mama disayangi kerna itu mama diberi awards(statement maut ni!)...sayang-sayang semua,kamu semua pon pasti disayangi dan dihargai x kiralah siapa kamu... setiap orang ade keistimewaan tersendiri dan keunikkannya...setiap insan layak disayangi...kasih sayang tu banyak istilahnya dan luas ertinya dalam hati setiap insan, sayang tu ade beberapa cara...sayang pada mak dan ayah,sayang pada suami/isteri,anak2 dan teman2...pada siapa pon kite sayang...ia tetap di panggil kasih sayang...tiada nama lain (yg penting~ikhlas)...so janganlah kamu rasa tiada siapa yg menyanyangimu kerna kamu tersendiri...kamu adalah kamu...tiada orang lain akan menjadi kamu...
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula,mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci, umpat, cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman baik paling setia,walaupun punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga..

kredit to empunya gambar ya!
~disini mama plak nak beri awards ni kpd semua teman2 yg singgah disini xkiralah silent readers ke...yg mama dah add link di blog mama dan semua yg add link mama kat blog memasing...mama sayang kamu semua x kiralah kamu siapa...kalo boleh mama nak jumpa dgn semua bloggers2 dan mengeratkan lagi persahabatan ni...nilai persahabatan itu sukar nak dinilai...kerna itu mama amat menghargai persahabatan ini yg memang tak boleh di jual beli...tak ternilai harganya...seikhlas hati mama,kamu,kamu,kamu,kamu dan kamu semua memang mendapat tempat di hati mama....~