JellyPages.com

Thursday, January 31, 2008

KEMATIAN

Sebelum mama menulis dgn lebih panjang lagi,mama nak ucapkan takziah kepada keluarga Tuan Hj Ishak Baharom diatas pemergian beliau semalam..jasa arwah dlm menyebarkan dakwah amat besar pada negara dan semua..semoga rohnya tenang dan damai di sana...
dan juga kepada penulis dan pengarah terkenal jugak,loloq yang juga meninggal semalam...al-fatihah...

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ...
lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa ... di dunia jua diakhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.


UMUR
ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...

1/3 Umur kita hilang kerana masa kecil ------dan
cari ilmu.....

1/3 lagi hilang kerana dok sibuk kerja..kahwin
....besarkan anak..

1/3 lagi sibuk kerana banyakkan harta....tambah bini...tambah
anak...tambah padang golf...lepas tu...mati....

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


Semuga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah
untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

ROH
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke hendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

P/S:Mama nak mencapai azam tahun ni untuk menjadi umatnye yg taat...sesungguhnya betapa banyak dosa yang telah mama lakukan sama ade dlm sedar atau tidak..semoga allah mengampunkan semua dosa2 mama...amin...


ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

31 comments:

hOtMaMa said...

owhhh..sesungguhnya entry yg nih membuatkan saya menjadi terkasima seminit dua setelah membacanya... tetiba teringat mcm banyak nyer dosa aku... kalau dah tuhan tu nak nyawa kita bila2 masa je kan!

shafarina said...

terima kasih.. mengingatkan kita yg selalu leka nih.. :)

maklang said...

terimakaseh kerana mengingatkan...

zino said...

al-fatihah.. amin..

Azhar Ahmad said...

Terima kasih mama kerna berkongsi info...

Pak Ngah: said...

:: salam... alFatihah kepada yang mendahului kita dan kepada yang bakal menyusul...

:: ada orang kata... kita akan mati dalam masa tujuh hari je...

m i n e r a l . . . said...

muhasabah diri nih... tq mama

Acaii Jawe said...

terima kasih atas tazkirah di pagi ini ye mama..:)

who i am? said...

ingat..

ingat..

dan ingat...

muhasabah diri di pagi jumaat !

renung2 kan & slmt beramal.. :)

pB said...

Salam Mama ....


Terima kasih diatas ingatan ini ...


sungguh bererti .....

aNIe said...

Sebuah entry yang baik untuk dikongsi bersama...terima kasih mamaranggie...

Al-Fatihah buat yang pergi & takziah buat keluarga mereka yang ditinggalkan...semoga roh mereka diletakkan bersama insan yang soleh...Ameen..

fizz said...

azam saya juga seperti mama, semoga dapat menjadi hamba-Nya yang taat..

Qaseh Bidadari said...

hotmama,
mama doa agar die ampunkan dosa2 mama...

kak wan,maklang,
sama2...

uncle zino,
al-fatihah jugak!

azhar,
amin...

pak ngah,
mcm ne tu?

mineral,
tq...

acai,
sama..

fealize,
cuma nak berkongsi...

pb,
thanks sudi singgah sini...

kak lady,
semoga roh beliau di cucuri rahmat...

fizz,
samalah kita..hanya mampu merancang...berdoa agar allah bukakan pintu hati mama ni...

blackpurple @ jowopinter said...

Mati itu pasti.
Hidup, insyaAllah... :)

Terima kasih... Perkongsian yang bermanfaat.

nasazfrog... said...

Sentiasa lah kiter beringat kepadanya, Sesungguhnya dia maha pengasih dan penyayang.

Shah CJ said...

tq mama atas tazkirah.

Pak Ngah: said...

:: salam... tentang kita akan mati dalam masa tujuh hari tuuu... ye le... bukankah seminggu ada tujuh hari... tujuh hari tu je le yang ada... mana ada hari lain selain dari tujuh hari tuuu... tak gitu?

ita... said...

mama.... kasih slalu merasa bersyukur bila tiap kali terjaga dari lena, kerna kasih yakin - mati itu pasti, hanya DIA yg tahu bila dan di mana.....

mekasih mama mengingatkan...

alfatihah....

KakNi said...

Thanks for sharing Mama Ranggie... hidup ini sudahlah tak seindah mana, tidak lama pulak tu, so, kena laksanakan kewajiban semampu yang mungkin.

CPI said...

setiap kite pasti akan merasai mati....

tq tazkirah ni mama...

Anonymous said...

Peringatan bagi yang masih hidup.

Zareda Norman said...

Alfatihah buat yang telah pergi

Kaklong Syikin said...

salam,

tq mengingatkan.

alfatihah utk arwah.

Sastri said...

bila tiba masanya, tak siapa pun dapat mengelak... terima kasih kerana mengingatkan... al-fatihah buat kepada Allahyarham...

viruspadu said...

alfatihah...

UmiMia said...

Alfatihah...and thanks for the info

Mummy Rizq said...

semoga roh mereka dirahmati ALLAH..

Mak Su said...

semoga mereka yg pergi itu dicucuri rahmat

Abang Long said...

AL FATIHAH buat kaum muslimin yang telah meninggalkan kita.

Qaseh Bidadari said...
This comment has been removed by the author.
Qaseh Bidadari said...

kepada seme yg tinggal jejak,
terima kasih...mama x berkesempatan nak membalas one by one...hari ni bos ado...terima kasih ya atas seme komen anda...semoga roh mereka di cucuri rahmat!!dan pada yg hidup,beramal lah selagi termampu...