JellyPages.com

Friday, January 18, 2008

Hari Asyura...


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura(10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)


1.Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2(fadhilat) - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2. Memuliakan fakir miskin (fadhilat) - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah(fadhilat) - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4. Menunjukkan orang sesat(fadhilat) - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(fadhilat) - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah(fadhilat) - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri(fadhilat) - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat(fadhilat) - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu - lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9. Bercelak (fadhilat) - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali(fadhilat) - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmat diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat(fadhilat) - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya-lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'-Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca-'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'-(fadhilat) - Tidak mati pada tahun ini ..


13. Menjamu orang berbuka puasa(fadhilat) - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa - Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.



Semoga Bermanfaat ....
P/S:Semoga kita semua akan dirahmati allah...

ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

22 comments:

umi ameer said...

hi mama,
semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya...

13may said...

:)

m i n e r a l . . . said...

tq mama, byk syafaatnya...

Zareda said...

Thanks kerana mengigatkan.. Ika ada acara makan bubur asyura hari ni kat sekolah

happyirfa said...

salam mama...
kalau kat kg buleh makan bubur asyura..tp kat sini x taulah dapat ke tidak tahun ni..

fealize_eleanoer said...

hampir2 terlupe hari asyura' nih..
tengkiu mama for d reminder...

Mak Su said...

mama, saya ni yatim piatu

nasazfrog... said...

elo mama,, byk rupanya yer manfaatnyer pada hari asyura ni, anyway.. thxs mama..

~ahni~ said...

Terima kasih Mama.

umie said...

mama... meh sini no fon mama, umie nak cuti2 malaysia ke PD tahun ni... insyaalah...

Abang Long said...

Semoga amalan kita diterimaNya.

Yang penting IKHLAS.

Teringat pada bubur asyura.

Pak Ngah: said...

:: salam... sebaik2nya kita berpuasa...

QasiehFirdaus said...

amin.. moga2 ye mama. :)

Kasawari said...

Salam Mama,

terima kasih berkongsi bersama di sini.. semoga kita mendapat ganjarannya.. Aminn..

p/s: Ada sedikit pembetulan, harap mama tak kecik hati ya, tidak wujud solat sunat Hari Asyura yang dinyatakan tu..

rujuk: soal jawap agama Jakim

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/614d473bc6878fb30025729f000725e0?OpenDocument

kailan said...

salam mama...ptg nanti nak belanja isteri dan anak2 makan roti canai...

Sastri said...

thanks for sharing mama...

Ungku Nor said...

meh la usap kepala akak.
akak anak yatim ni..

faisal said...

slm mama, thankssudi kongsi benda2 ingatan camni..:) alhamdulillah sempat pose tadi,huhu

zino said...

hari ni zino pi melawat org sakit di spital.. baru lepas operation..

mama ranggie said...

umi ameer,
insya-allah...

13may,
:)...

mineral,
welcome...

kak zar,
mama x pernah makan bubur tu...hehehe...

irfa,
mama nak sikit leh x?

fealize,
sama-sama...

maksu,
mama baru tahu arini...

nasa,
welcome..

kak ahni,
welcome...

umie,
email mama kat mamaranggie@yahoo.com.my...mama tggu...

abg long,
insya-allah...thanks sudi singgah blog mama...

pakngah,
tq...

qasieh,
isnsya-allah...

kasawarii,
maaf,mama dpt pon dr kawan ni...mama pon x perasan...maklum,org x cukup ilmu lg...

kailan,
mama pon teringin lah nak makan...


sas,
welcome sayang...

kak ungku,
mama nak peluk terus,leh ke?


acai,
thanks...

uncle zino,
al-hamdulilah...semoga kite diberkati...

Ku Ina ~Jentayutiara said...

salam maam... semoga kita sama2 mendapat keberkatannya...


uhu uhuk... teringat bubur asyura mak di kg

muadzlife said...

good posting mama.