JellyPages.com

Thursday, January 24, 2008

Petikan dr email....


Kuasa allah..bayi batu....



Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.




Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata,




"Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"




Maka berkata orang muda itu,




"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. "




Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.


Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.


Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,




"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."




Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T.




Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.


Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.




Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.




Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,




"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"




Berkata orang muda itu,




"Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."




Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,




"Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.




Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.




Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.


Lalu mereka cuba membunuh ular itu.




Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu,


maka berkata ular tersebut,




"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah,


mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?


Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.


Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."




Lalu para sahabat bertanya,




"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"




Berkata ular,




"Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;




1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang




2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya




.3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.




Maka inilah balasannya".



P/S:mama nak ucapkan takziah pada makcik mama yg baru keguguran...semoga tabah k!insya-allah,ade rezki lg pasni...
ZWANI.com - The place for myspace comments, glitters, graphics, backgrounds and codes

23 comments:

~dalila~dyla~deyll~della~ said...

nauzubillah,
takut nak baca..

Mak Su said...

Allahuakbar

muadzlife said...

subhanallah...

happyirfa said...

salam mama..
salam takziah jugak utk makcik mama.mgkin rezki akan dtg lebih baik

fealize_eleanoer said...

subhanallah !

agaknye ade x penjelasan saintifik bagaimana fetus tu bole bertukar fizikalnye kepada bentuk mineral begitu?

allah maha besar !!!

PuteriSatu said...

ya allah..nauzubillah kan....

Azhar Ahmad said...

Ya Allah, kecut perut saya....

zura lias said...

takziah utk makcik mama...maybe ade hikmah di sebalik tu..

zino said...

mamaraggie..
semuga kita semua mengambil iktibar dari perkongsian ini.. amin

cikdinz said...

terima kaseh kerna berkongsi ilmu...

viruspadu said...

aku seriau nak baca...

ra letak ler entry pasal ko

puterikurekure said...

ishh..subhanallah!

nasazfrog... said...

allahuakhbar... dup dap jantung den baco.. semoga ianya memberi hidayah kepada kita semua.amin.

iman_qaisara said...

mama...idop ni byk dugaan kn? mama...sy da x brdaya.... sgt2 x brdaya....

Zareda said...

mama
terima kasih kerana berkongsi..

fizz said...

takziah untuk makcik mama..insyaAllah pasti ade rezeki di lain kali..

Solat itu tiang agama

Ceera said...

erm, kuasa Allah kan...

umi ameer said...

hi mama...
sungguh besar kuasa Allah, bagi kita lihat seksa kubur sebelum kita mati lagi, buat peringatan, kan?
saya dah tukar link, kalu senang, jemputlah ye:

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

tq,

mama ranggie said...

semoga serba sedikit dapat menyedarkan kite yg mungkin terleka dan tertido...

sesungguhnya manusia mati membawa amalannya didunia...

semoga mama akan menjadi umatnye yg insaf...

p/s:banyak dosa dr pahala...semoga allah ampunkan dosa2 mama...

blackpurple @ jowopinter said...

Kuasa Allah...

Terima kasih kerana berkongsi.

Pak Ngah: said...

:: salam... macam2 boleh berlaku... kuasaNYA... tak terjangkau oleh pemikiran kita...

Sastri said...

terima kasih kerana berkongsi... memang insaf...

sya said...

Thanks for sharing..