JellyPages.com

Saturday, March 28, 2009

~Bahasa inggeris!?~

Salam semua...
harap2 semuanya sehat ya!
mama bukannye nak sokong mana2 pihak tp dari segi logiknye lah...
tp sebelum tu mama nak minta maaf lah kalo ade sesape yg terasa ye!
x de niat pun cuma meluahkan perasaan aje...
matematik dan sains dalam bahasa inggeris?
ape pendapat korang?
pelik gak mama sampai org buat demostrasi...
nak hapuskan benda nih...
bukannye semua mata pelajaran dibuat dlm bahasa antarabangsa nih...
cuma dua aje...
tp 'marahnye' org2 nih mcm benda nih teruk sgt...
bagi mama ini satu benda yg baik..
sebab yg mama tgklah depan mata...
yelah,kita sebagai mak bapak dah lah x pandai bahasa nih sgt..
maksud mama kurang fasih...
biarlah anak2 kite pandai pulak...
kan bahasa nih bahasa antarabangsa...
pegi manapun org bercakap guna bahasa nih...
kat U pun guna bahasa ni nak buat assignment kan?
lagi satu yg mama tgk...
anak2 mama lebih hafal sifir dgn bahasa nih...
bukanlah maksudnye x bagus dlm bahasa melayu..
tp kan ia satu peningkatanbg anak2 mama..
secara x langsung penguasaan anak2 mama dlm bahasa nih semakin baik..
tp yg mama pelik,ada pulak yg dah lah x fasih bahasa nih..
die nak sekali anak2 die x bagus dlm bahasa nih...
agaknye die pun x nak maju ke depan kot...
die boleh cakap,mcm ne saya nak ajar anak sebab saya pun x pandai bahasa nih?
hehehe...sinikal betul lah kan!
hehehe....sori ye..ini cuma satu pandangan peribadi aje..
bukan maksud nak memandai2...
tp kan bagus kalo anak2 kite pandai bahasa nih...
dan lagi satu,
kalo pelajaran bahasa melayu tu nak diajar dlm bahasa inggeris,
memang patutlah kite 'mengamuk' kan?
ini math dgn sains aje...
pandanglah ke depan...
esok org dah sampai ke bulan,
kite kat ceruk dapur lagi...
bicarajiwa: mama tgh dok 'tanam anggur' lagik kat umah..faham2 ajelah skrg ni bukan senang nak cari kojo..lg2 kat PD nih...kalo KL lainlah kot...anak2 mama semuanya sehat..si damia plak dah pandai 'menegur' org..hehehe..lagi satu dah pandai mengamuk..x bolehlah buat susu tu lambat sikit,menangis lah die mcm org kena cubit...pastu dah pandai balas senyum mama..hehehe...korang plak ape citer...? pada KAK LUNA,eira doakan agar akak kuat ya..semoga tabah dan bersemangat menghadapi semuanya ya..kami cuma mampu berdoa tp akaklah yg mesti punya semangat tau..muaahhhhh....pada VP,jaga bb dlm perut bebaik k!aku doakan ko akan selamat melahirkan nanti..jgn lupo gtau ya!
PhotobucketImage Hosting by Picoodle.comzwani.com myspace graphic comments

10 comments:

Sepet said...

setuju ngan mama...
hehe!!

ija said...

sebenarnya isu ini boleh dikatakan mcm telah dipolitikkan..pernahkah mereka2 bertanya pada guru2 org yg melaksanakan PPSMI ni..merekakah yg mengajar atau guru?

azlanlin said...

Sekadar pandangan:

1.Ada baiknya,penguasaan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Inggeris itu sendiri dimantapkan terlebih dahulu.

2. Dalam Matematik dan Sains itu adalah penguasaan konsep dan ilmu dalam bidang itu adalah paling utama. Jika masalah bahasa Inggeris jadi halangan, bagaimana nak menguasai konsep dan ilmu dalam bidang itu?

3. Bidang penterjemahan di negara kita agak lemah dan hambar. Di Jepun, pantang ada buku BI di pasaran, dalam tempuh seminggu jer, buk tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Jepun. Bagaimana di negara kita?

4. Selain kita dan sekeliling yang rapat dengan kita, mari kita lihat kesan PPSMI pada pelajar Melayu di kampung-kampung, felda-felda, orang asli. Kesan tidak terasa di bandar-bandar....

5. Pernah tak kita baca respon yang sebenar tentang guru-guru yang ajar mata pelajaran ini?

6. Banyak juga kajian-kajian yang telah dijalankan kesan tentang PPSMI di sekolah... kesan di Kuala Lumpur berbeza dengan kesan di Kuala Kedah...Kesan di Selangor, berbeza pula di Perlis...

7. Apa-apa pun, Hishamudin memang takkan ambil keputusan. Hanya Najib yang akan membuat keputusan tentang hal itu. Kita tunggu dan lihat....

>> sekadar pandangan saya pula <<

1. Saya memang tidak setuju pelaksanaan PPSMI sejak dari awal 2003 dahulu. Kesannya memang dapat dijangkakan sebab saya berada dalam ruang lingkup itu...

2. Saya sendiri khuatir dengan keputusan matapelajaran itu untuk keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM... Wallahualam..

Zareda Norman said...

KUrang setuju dengan mama...

kak zar bukan menentang sangat cuma kita fikir secara menyeluruh ler..malas nak komen banyak tapi cadangkan mama baca pro n kons kat malaysiakini dan forum .com untuk dapat penjelasan lebih jelas tentang isu ni..

Kamezaim said...

salam mama ranggie lagi pop yeah..yeah.. hehe lama tak dgr berita..apa khabar? betul tu,tak salah sekiranya kita membelajari bahasa inggeris. bagus apabila kita mampu menguasai bahasa inggeris tp jgnlah sampai bahasa inggeris menguasai diri kita. kamezaim ada seorang kawan, seorang kawan yg kamezaim kenali sejak kecil lagi. selalu main2 bersama, mandi sungai bersama2,buat jahat bersama.. tapi kini dia sudah berubah hanya kerana bahasa inggeris. bahasa penjajah yg telah menguasai dirinya. kini dia lupa pada bahasa ibunda,dia lupa dimana dia berpijak. Sini adalah kota melayu, buka kota london. Bercakap dgn org2 tua pun dalam bahasa inggeris. bila di tanya kenapa, dia menjawab dia hanya tahu berbahasa inggeris. ikut rasa hati,ingin saja menghapuskan pengkhianat bangsa seperti ini. Belajar bahasa inggeris bukanlah suatu kesalahan tp jgnlah sampai kita lupa asal usul kita. kita adalah org melayu,bahasa kita adalah bahasa malaysia. jgn biar melayu hilang di dunia.. itulah pendapat sy..

viruspadu said...

aku sihat jer ra

:D

rindu nak jumpa ko tau

Mak Su said...

maksu berbelah bagi, w/pun rasa gusar takut anak tak boleh catchup, tapi tetap akui, ada kebaikannya

Irfa said...

x nak komen apa2.cuma apa salahnya kuasai dulu bhs kita sblm agungkan bhs org lain.x pandai bhs inggeris x bermakna kita tak maju

kakLuna said...

akak pun tak setuju PPSMI..rasanya eira kene fhm,yg ditentang bkn Bahasa Inggeris tetapi pengajaran matematik dan sains guna bahasa Inggeris. 2 perkara yg berlainan tu.

tp tak bermakna yg menentang ni tak mahu anak2 kami pandai..jauh skali sampai tahap membenci bahasa asing..

para cendikiawan yg menentang tu pun bkn saja2 suka nk demo..mereka ada kaedah dan kajian mereka..dan mereka menentang berdasarkan keputusan kajian tersebut.mereka telah lama menyuarakan pendapat tetapi tidak ada pihak yg mendengar.

1 aspek ttg PPSMI yg paling dicurigai ialah ianya bkn nya utk kebaikan pelajar ttp utk kebaikan para kroni yg mdpt tender bekalan alat2 pengajaran seperti buku,CD dan sebagainya.

Kasawari said...

anak Kasawari kadang2 pun terkial2 dgn Matapelajaran mate dan sains ni.. dan Kasawari pun kadangkala tengok kamus gak nak ajarkan .. he he